Thursday, June 16, 2011
Peranan GB dlm pengurusan sekolah
Sekolah merupakan institusi sosial yang memainkan peranan amat penting dalam merubah kehidupan masyarakat. Sekolah adalah pengubah minda dan sekolah adalah penentu kepada budaya dan pembangunan sesebuah negara. Di sinilah tempat kita menuju wawasan. Di sini jugalah tempat kita membina bangsa kita. Dengan yang demikian tidak hairanlah kalau isu pendidikan tetap dibincangkan oleh masyarakat, walau apa pun bentuk dan taraf sesuatu masyarakat itu. Negara tidak akan maju tanpa sistem pendidikan yang berkesan. Kalau sistem dan carta organisasi sahaja yang berkesan tetapi pengurusannya lembap, maka cita-cita negara, dan perbelanjaan yang begitu besar diperuntukkan oleh kerajaan hilang begitu sahaja dan cita-cita serta Falsafah Pendidikan Negara hanya tinggal terukir di pejabat atau di bilik pengetua dan menjadi rujukan serta kajian ilmiah semata-mata. Oleh yang demikian untuk menzahirkan wawasan pendidikan negara, perlulah segenap pihak yang memikul tugas dan tanggungjawab menerima tugas dengan penuh amanah dan ikhlas. Terutama sekali sebagai seorang guru besar atau pengetua yang bertanggung jawab secara langsung di sekolahnya