Saturday, May 21, 2011

dilema guru




Menurut Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (KPPK), N. Sivasubramaniam, fenomena guru dera murid berkesinambungan dengan beban tugas dan tanggungjawab berat yang terpaksa dipikul oleh para guru dalam merealisasikan cita-cita kerajaan untuk mewujudkan Malaysia sebagai sebah negara industri yang maju.

Beliau menyenaraikan beberapa lagi faktor yang menyumbang terhadap dilema guru:

- Tidak ada motivasi dan insentif.
- Tugas dan sumbangan yang tidak diikhtiraf.
- Penempatan guru tidak mengikut pilihan dan keperluan sekolah.
- Gaji yang tidak setimpal.
- Tekanan oleh Pentadbir, JPN, PPD, PIBG, masyarakat, parti politik dan agensi lain.
- Tiada perlindungan drp ugutan/serangan oleh ibu bapa, murid dan masyarakat.
- Kemudahan asas sekolah yang tidak mencukupi atau tiada langsung.
- Tugas-tugas tambahan selain daripada mengajar.
- Harapan terlalu tinggi oleh Pentadbir, PPD, JPN dan masyarakat terhadap guru.
- Status guru yang masih di tahap rendah berbanding Perkhidmatan Awam yang lain.
- Pilih kasih di kalangan Pengetua atau Guru Besar.
- Bilangan murid yang terlalu ramai.
- Keadaan kerja & peluang kenaikan pangkat/gaji yang lebih baik dan adil di sektor lain.
- Sikap tidak peduli di kalangan Pengetua, Guru Besar, Pegawai JPN dan PPD.
- Diminta mengajar mata pelajaran bukan pilihan.
- Bosan (Burn-out).
- Jawatan guru tidak mempunyai jadual kerja yang tetap.
- Para guru tidak dapat membuat keputusan atas hala tuju atau dasar sekolah.
- Penilaian prestasi yang tidak adil.
- Pencerapan oleh guru-guru muda.
- Terlalu banyak mesyuarat guru atau kursus.
- Kekurangan guru.

Tiap-tiap pengarah mempunyai sasaran atau matlamat masing-masing. Para guru kerap mengalami kesukaran menyesuaikan diri menghadapi perubahan tersebut.

No comments: